Carian
Astro Ingin Memperkenalkan Lebih Banyak Perkhidmatan Penstriman Kepada Pelanggan
July 30, 2020 Aman

Astro merupakan salah satu penyedia perkhidmatan televisyen berbayar tempatan yang popular, dan mempunyai sejumlah penawaran memnarik, termasuk kandungan 4K dan sebagainya.

Selain perkhidmatan siaran televisyen, Astro juga turut menawarkan perkhidmatan penstriman secara eksklusif untuk pelanggan mereka, termasuk antaranya adalah Astro Go, HBO Go, dan juga iQIYI.

Bercakap lanjut mengenainya, Astro kini turut mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan penstriman kepada pelanggan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perkhidmatan penstriman lain yang akan dibawa masuk. Seperti ramai sedia maklum, masih terdapat beberapa perkhidmatan penstriman yang tidak ditawarkan di Malaysia, termasuk untuk beberapa sukan, anime, dan sebagainya.

Komen