Predator Helios 300 Dengan Spesifikasi Baru Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM4599

Predator Helios 300 Dengan Spesifikasi Baru Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM4599

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

Selain daripada pra-tempah Predator Helios 700, Acer Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk sebuah lagi komputer riba dibawah siri Predator Helios iaitu Predator Helios 300 yang telah dikemaskini dengan spesifikasi baru.

Sama seperti model Helios 300 sebelum ini, ia dilengkapi dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 240Hz.

Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-10300H ataupun Intel Core i7-10750H dan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari segi GPU pula, kedua-dua model Predator Helios 300 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang mampu menggerakkan pelbagai permainan moden pada resolusi Full HD dan tetapan tinggi tanpa masalah.

Rekaan Predator Helios 300 ini tidak begitu berbeza berbanding dengan model sebelum ini, tetapi atas permintaan ramai pengguna, palam kuasa telah dialih ke bahagian belakang komputer riba untuk mengurangkan kesesakan di bahagian sisi.

Ia turut dilengkapi pelbagai palam I/O seperti USB 3.0 Type-A, USB Type-C, HDMI 2.0, DisplayPort 1.4, palam LAN dan juga pembaca kad SD.

Seperti yang dinyatakan, Predator Helios 300 ini hadir dalam dua model, dan berikut adalah tanda harganya:



Paling Popular