WhatsApp Kelak Akan Membolehkan Anda Membisukan Sesuatu Sembang Kumpulan Untuk Selamanya

Diterbitkan pada July 30, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan pilihan untuk membisukan sesuatu tetingkap sembang berkumpulan antara 8 jam, seminggu atau setahun.

Pilihan ini mungkin tidak mencukupi untuk beberapa pengguna – yang tidak ingin keluar daripada sesuatu kumpulan, dan pada masa yang sama tidak ingin menerima sebarang notifikasi daripada kumpulan sembang berkenaan.

Untuk tujuan berkenaan, kini WhatsApp dilihat sedang menguji ciri untuk membisukan sesuatu sembang untuk selamanya.

WhatsApp Bisu Selamanya

Pilihan baru yang dinamakan “Always” dilihat akan menggantikan pilihan selama setahun sebelum ini.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan secara rasminya atau tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami