Cari @ Amanz

Hari demi hari, Netflix menjadi semakin popular. Lebih-lebih lagi ketika PKP jumlah pengguna bertambah kerana orang ramai tidak dibenarkan keluar dan tiada panggung wayang yang beroperasi – jadi menstrim video adalah pilihan baik. Saya hampir setiap hari menonton siri TV dan filem di Netflix, ia tidak menjemukan kerana ada banyak kandungan sehingga buntu dan tidak tahu ingin tonton apa.

Tekrini, Google Play Store telah mencatat yang Netflix mempunyai lebih 1 bilion jumlah muat turun. Walau bagaimanapun, jumlah ini adalah termasuk dengan aplikasi Netflix yang sudah tersedia di pasang pada peranti seperti Samsung dan OnePlus. Apa-apa pun, jumlah 1 bilion ini adalah nilai yang tinggi dan menjadikan penyedia platform penstriman lain semakin berdebar untuk bersaing. Viu di Play Store sekitar 50-100 juta, Tonton sekitar 1 juta, iFlix jumlah sama dengan Viu, HBO Go juga sekitar 1 juta dan Amazon Prime Video mempunyai jumlah muat turun sekitar 100-500 juta. Semuanya ketinggalan jauh dan banyak lagi pengguna mereka perlu tarik bagi mula melanggan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd