Cari @ Amanz

Canalys : Huawei Mengatasi Samsung Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Nombor Satu Pada Suku Kedua 2020

Oleh Aman

Link Copied!

Buat pertama kalinya, kini Huawei dilihat mengatasi Samsung untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia pada suku kedua 2020 yang lepas. Melalui laporan Canalys, Huawei dilaporkan telah mengeluarkan 55.8 juta peranti pada suku kedua 2020 yang lepas, sekaligus mengatasi Samsung yang mengeluarkan 53.7 juta telefon pintar pada tempoh sama.

Huawei dilihat mengurangkan perniagaan dan pengeluaran pada peringkat global, sebaliknya meningkatkan pegangan pada pasaran domestik di China. Canalys mengatakan hampir 70% jualan yang berlaku kini adalah di China.

Huawei Canalys Q2


Penularan wabak Covid-19 membawa kepada pelbagai industri terjejas, dan Huawei dilihat terus mengukuhkan kedudukan dan pegangan pasaran dalam tempoh ini. Disebabkan oleh ini juga, ia melihat kepada pengeluaran telefon pintar pada peringkat global dikurangkan – sementara China melihat ekonomi mereka kembali pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, dengan ekonomi yang mula pulih pada peringkat global kini, semestinya Huawei perlu melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan mereka terus memegang posisi mereka.

Sebelum ini, hanya Samsng dan Apple sahaja yang menerajui pengeluaran telefon untuk setiap suku tahun sejak sembilan tahun yang lepas.


Komen ()