Cari @ Amanz

TikTok merupakan salah satu syarikat media sosial yang semakin popular dari hari ke hari, yang dimiliki oleh Bytedance. Apa pun, akhir-akhir ini, perkhidmatan berkenaan menerima tekanan hebat pelbagai pihak, terutamanya oleh Amerika Syarikat kerana ia dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalan di China.

Terbaru, ia diperkatakan sejumlah pelabur di ByteDance ingin mengasingkan TikTok daripada syarikat utama, dan membuatkannya beroperasi secara berasingan. Untuk tujuan berkenaan, TikTok dinilaikan sekitar $50 bilion (RM212 bilion).

Jikalau dibandingkan, Snap (syarikat disebalik Snapchat) hanya dinilaikan sekitar $33 bilion (RM140 bilion) sahaja.

Bytedance sendiri sebelum ini telah dinilaikan sekitar $140 bilion (RM594 bilion) – menjadikannya antara syarikat yang bernilai tinggi dalam arena teknologi.

Ia tidak diketahui lagi sama ada ByteDance akan bersetuju untuk mengasingkan TikTok ini ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd