Cari @ Amanz

Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Kini Boleh Ditebus Melalui Boost, Grab Atau Touch n Go eWallet

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti dijanjikan semalam, kini para pengguna tempatan sudah boleh menebus kredit ePenjana sebanyak RM50 menggunakan dompet digital pilihan anda, sama ada Boost, Grab atau Touch ’n Go eWallet.

Ketiga-tiga dompet digital ini telah menyediakan pautan mudah untuk pengguna menebusnya, dan ia akan mengambil masa sehingga lima hari sebelum kredit anda diluluskan dan dikreditkan ke akaun anda.

Dompet Digital RM50

Seperti biasa, pengguna perlu memastikan nama yang didaftarkan untuk dompet digital adalah sama seperti yang telah didaftarkan pada aplikasi MySejahtera sebelum ini. Kredit ini perlulah ditebus sebelum 24 September 2020 ini, dan digunakan sebelum 30 September.

Setiap dompet diigtal juga akan menyediakan baucar dan mata ganjaran tambahan bernilai RM50 untuk memadankan apa yang ditawarkan oleh kerajaan untuk kredit ini. Pengguna digalakkan menggunakan kredit ini untuk pembelian secara fizikal dan luar-talian – sekaligus mengalakkan penggunaan transaksi nirtunai di kedai-kedai seluruh negara.

Bagi anda sendiri, apakah dompet digital yang menjadi pilihan anda?


Komen ()