Carian
Asus Memperlihatkan Perbezaan Asus ROG Phone 3 Untuk Pasaran Malaysia Dan China
July 31, 2020 Aman

Asus Malaysia kini telah berkongsi secara ringkas untuk perbandingan antara model telefon pintar Asus ROG Phone 3 di Malaysia, dan juga di China.

Melaluinya, Asus memperlihatkan yang mana model Malaysia akan hadir dengan memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB. Pada masa yang sama, ia juga turut menyertakan beberapa penambahan, termasuk rekaan kotak bersegi enam, serta jaminan selama setahun.

Selain itu, penawaran model ROG Phone 3 Strix Edition juga turut diperlihatkan, menunjukkan model tempatan akan hadir dengan 8GB RAM dan 256GB storan, selain beberapa penambahan lain.

Asus ROG Phone 3 Malaysia

Asus ROG Phone 3 Strix Malaysia

Asus Malaysia dilihat bekrongsi spesifikasi dan penawaran tempatan ini, untuk mengelak pengguna membeli versi import yang dijual beberapa penjual, dan lebih menantikan penawaran versi tempatan tidak lama lagi.

Komen