Carian
Apple Store Kedua Thailand Dibuka Di Central World Hari Ini
July 31, 2020 Effi Saharudin

Apple Central World akhirnya dibuka di Thailand hari ini dan merupakan Apple Store kedua di negara tersebut. Rekan Apple Store ini menarik kerana mengambil ilham dari pohon kayu dengan dinding kaca yang berbentuk bulat sepenuhnya. Teras bangunan dam bahagian siling mempunyai kemasan kayu sepenuhnya.

Selain menjadi ruang pameran dan jualan produk Apple. Apple Central World juga dilengkapi ruang mesyuarat serta pertemuan. Selain kayu, bahan tahan karat turut digunakan termasuk pada lif yang juga berbentuk silinder. Dengan pembukaan hari ini 130 kakitangan yang bercakap 17 bahasa akan memulakan tugas.

Bagi yang ingin melawat Apple Central World, anda perlu ke Ratchaprasong, Bangkok. Kerana Covid-19  pelanggan yang datang diwajibkan memakai pelitup muka, diambil suhu badan dan mematuhi pembatasan fizikal.

Komen