Cari @ Amanz

Mod permua pada sesebuah telefon pintar kini adalah sesuatu perkara yang wajib. Ia boleh mengurangkan penggunaan RAM pada peranti dan fokus pada permua, melewahjam CPU/GPU dan juga memberi kawalan notifikasi agar pengguna fokus ketika sedang bermain.

Terkini Xiaomi dan Qualcomm dilihat mungkin bekerjasama untuk mod permua pada MIUI, “Game Turbo”. Melalui mod permua baru ini, pengguna dibenarkan mengubah kemampuan GPU dan mengaktifkan lebih banyak mod. Selain itu, frekuensi GPU turut boleh ditetapkan bagi mengoptimasikan lagi kemampuan permua pada peranti Xiaomi Mi 10 Pro+.

Buat masa ini, Qualcomm mahupun Xiaomi masih tidak berkongsi secara rasminya berkaitan dengan penawaran mod ini. Dengan penawaran terus daripada pihak Qualcomm, semestinya mod ini adalah salah satu perkara yang akan dinantikan ramai peminat peranti mudah-alih diseluruh dunia. Sama-sama kita nantikan info lanjt mengenai penawaran mod ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd