Cari @ Amanz

Google Mengacah Kehadiran Pixel 4a Pada 3 Ogos Ini

Link Copied!

Setelah sekian lama menanti, peranti kelas pertengahan kedua dari Google menerima tarikh untuk pelancaran dan mungkin juga adalah tarikh ia terus dijual. Pixel 4a adalah antara peranti kelas pertengahan yang ramai nantikan selepas Pixel 3a dilihat berjaya.

Laman web Google Store memperlihatkan yang ia akan tiba pada 3 Ogos ini, iaitu dua hari sahaja sebelum acara Unpacked Samsung untuk Note 20, Fold 2 dan banyak lagi. Disebabkan OnePlus Nord tidak memasuki pasaran Amerika Syarikat, peminat di sana mungkin akan memilih Pixel 4a sebagai alternatif untuk pengalaman Android asli.

Peranti ini dikatakan akan dijana Snapdragon 730, dipadankan dengan memori 6GB RAM dan mungkin storan dalaman bermula 128GB UFS 2.1. Saiz skrin adalah 5.81-inci dan 60Hz serta panel OLED. Kamera pula adalah 12.2MP dan swafoto 8MP, rangkaian hanya 4G dan mungkin akan ada versi 5G yang dijana Snapdragon 765G, pengimbas cap jari fizikal, bateri 3,080 mAh dan menjalankan sistem operasi Android 10.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadirannya. Jika Snapdragon 730 jelas sekali ia akan tewas dari segi prestasi dengan OnePlus Nord. Tetapi Pixel terkenal dengan kemampuan kamera yang hebat!


Komen ()