Softbank sebelum ini telah diperkatakan dalam perancangan untuk menjual syarikat ARM – salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran rekabentuk cip pemprosesan. Hampir kebanyakkan pemprosesan mudah-alih menggunakan rekaan dari ARM – termasuk Qualcomm, Samsung untuk Exynos, Huawei untuk HiSilicon Kirin, dan Apple untuk cip mereka.
Melalui laporan Bloomberg, ia dikatakan NVIDIA dalam perbincangan lanjut bersama pihak Softbank untuk mengambil-alih ARM – yang mana mungkin memperlihatkan nilai transaksi mencapai $32 bilion.
Menurut laporan berkenaan, NVIDIA sahaja syarikat yang berbincang lanjut berkenaan perkara ini bersama Softbank – dan mungkin membuat pengumuman berkaitan dengan pengambil-alihan ini dalam beberapa minggu lagi.
NVIDIA pada masa kini sedia terkenal dengan penawaran GPU mereka, dan dengan pengambil-alihan ARM, ia turut akan meletakkan mereka dalam posisi yang baik dalam arena rekabentuk CPU.
Apa pun, seperti biasa, ia tidak disahkan sepenuhnya lagi NVIDIA akan mengambil-alih ARM. Masih terdapat kemungkinan Softbank menerima penawaran daripada syarikat lain, mahupun NVIDIA sendiri yang berfikir beberapa kali memandangkan pengambil-alihan ini mungkin turut menerima tentangan daripada sejumlah pihak, memandangkan ramai yang bergantung dengan rekabentuk daripada ARM.