Facebook Mengumumkan Pengenalan Destinasi Khas Untuk Muzik Pada Facebook Watch

Facebook Mengumumkan Pengenalan Destinasi Khas Untuk Muzik Pada Facebook Watch

Diterbitkan pada Ogos 1, 2020 oleh .

Lanjutan daripada laporan mengatakan Facebook telah mendapatkan kerjasama daripada syarikat label muzik terbesar, hari ini gergasi laman sosial berkenaan secara rasminya mengumumkan pengenalan sokongan tontonan video muzik lagu pada Facebook.

Facebook mengatakan mereka akan mula berkongsi kemudahan untuk menemui video muzik daripada pelbagai artis dengan mudah di laman sosial berkenaan – bermula untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Facebook Watch Music

Facebook mengatakan mereka telah bekerjasama dengan Sony Music Group, Universal Music Group, Warner Music Group, BMG dan pelbagai syarikat lain.

Melalui bahagian khusus di Facebook Watch kelak, pengguna akan dapat melihat video muzik berdasarkan kepada genre, suasana, artis, dan sebagainya dengan mudah. Ia juga akan memaparkan senarai muzik popular pada sesuatu minggu untuk memudahkan pengguna menemui muzik-muzik baru.

Buat masa ini, ciri ini hanya diumumkan untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Facebook masih belum mengumumkan bilakah ciri sama akan diperluaskan kepada pengguna global.



TIPS & ULASAN