Permintaan untuk tablet telah melihat pengurangan sejak awal tahun ini, disebabkan oleh penawaran peranti bersaiz besar, selain penggunaan tablet yang dilihat digunakan untuk tempoh masa lebih lama sebelum digantikan.
Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, hal berkenaan dilihat berubah. Lebih ramai mula menggunakan tablet untuk menikmati kandungan berbentuk hiburan, untuk tujuan pembelajaran, mahupun untuk tugasan produktivit.
Melalui data IDC, ia memperlihatkan yang mana permintaan untuk tablet meningkat kembali – sekaligus membuatkan pengeluar tablet mengeluarkan dan memasarkan lebih banyak kuantiti tablet berbanding sebelum ini. Secara keseluruhan, pada suku kedua 2020, sebanyak 38.6 juta tablet telah dikeluarkan.
Menerajui pasaran adalah Apple dengan pegangan pasaran sebanyak 32.2%, diikuti oleh Samsung dengan 18.1% dan juga Huawei dengan 12.4%. Ditangga ke empat dan kelima, masing-masing adalah Amazon dan juga Lenovo.
Dengan perkembangan sihat ini, adakah kita akan terus melihat permintaan untuk tablet meningkat sepanjang tahun 2020 ini?