Carian
Presiden Trump Ingin Mengharamkan TikTok Di Amerika Syarikat Seawal Hari Ini
August 1, 2020 Effi Saharudin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dipetik berkata pentadbiran beliau ingin mengharamkan aplikasi TikTok dari beroperasi di Amerika Syarikat seawal hari ini. Beliau berkata ini akan dilakukan menerusi arahan eksekutif di bawah bidang kuasa beliau sebagai presiden.

Pengumuman mengejut ini dilakukan sehari selepas TikTik dilaporkan ingin diambil alih oleh Microsoft. Trump walau bagaimanapun berkata beliau menolak sebarang usaha pengambilalihan media sosial popular ini. Sekiranya arahan pengharaman dilakukan, Amerika Syarikat akan menjadi sebuah lagi negara yang mengharamkan TikTok selepas India.

Sebelum ini Amerika Syarikat telahpun mengharamkan pemasangan aplikasi ini oleh anggota tentera dan peranti rasmi milik penjawat awam. Alasan yang diberikan ialah aplikasi boleh digunakan untuk mengintip oleh kerajaan China.

Komen