YouTube Akan Menamatkan Ciri Menyumbang Kapsyen Dan Sari Kata Dari Komuniti

YouTube Akan Menamatkan Ciri Menyumbang Kapsyen Dan Sari Kata Dari Komuniti

Diterbitkan pada Ogos 1, 2020 oleh .

Salah satu ciri yang digunakan oleh segeilintir pengguna pada perkhidmatan video terkemuka YouTube adalah kebolehan menyumbang kapsyen dan sari kata untuk sesuatu video. Apabila diaktifkan penerbit, sesiapa sahaja boleh menyumbang kapsyen dan sari kata mengikut bahasa yang mereka inginkan – sekaligus memudahkan pengguna lain, terutamanya dengan kelainan upaya.

Apa pun, kini YouTube mengumumkan ciri berkenaan akan ditamatkan pada 28 September 2020 kelak. YouTube mengatakan ia sering disalah guna, selain penggunaan ciri berkenaan adalah sangat jarang oleh pengguna.

Sebagai alternatif, YouTube meminta pengguna menggunakan ciri kapsyen automatik yang disediakan oleh YouTube. YouTube turut mengatakan mereka ingin memfokuskan lebih kepada ciri-ciri untuk penerbit pada masa akan datang.



TIPS & ULASAN