Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan pengenalan Acer Super Brand Day, dimana melaluinya sejumlah produk Acer ditawarkan pada harga diskaun kepada para pengguna.

Menariknya, bersama-sama pengenalan produk Acer, mereka turut memperkenalkan beberapa produk berbentuk gaya hidup yang berjenama Predator. Salah satunya adalah pelitup muka Acer Predator.

Pelitup muka Acer Predator hadir dengan sokongan untuk dibasuh dan digunakan, selain menyertakan bahagian penapis yang boleh digantikan. Ia membawakan tanda harga RM49 untuk pasaran Malaysia, tetapi untuk Acer Super Brand Day, pelitup muka ini ditawarkan pada harga diskaun, iaitu RM39.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pelitup muka Acer Predator hari ini melalui Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd