Sejak minggu lepas, salah satu topik yang hangat diperkatakan di Amerika Syarikat adalah berkenaan dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi yang membeli pesaing mereka dalam mengekalkan kedudukan. Perkara ini sekaligus membawa kepada perbincangan berkaitan topik anti-saing, yang mana tidak begitu baik untuk syarikat-syarikat lain.
Selari dengannya, kini Tim Cook melalui sebuah temuramah, mengatakan Apple tidak melakukan perkara berkenaan.
Tim Cook mengatakan Apple membeli sesuatu syarikat disebabkan oleh inovasi syarikat berkenaan, dan bukannya membeli pesaing mmereka.
Apple seperti beberapa syarikat gergasi lain, membeli pelbagai syarikat kecil dari semasa ke semasa.
Jikalau melihat sebelum ini, Apple sering membeli sesuatu syarikat, dan mengintegrasikan ia dalam produk mereka sebelum mematikannya.
Perbincangan berkenaan anti-saing ini kian hangat diperkatakan, apabila diketahui Facebook membeli Instagram sebagai salah satu usaha untuk menghentikan pesaing mereka. Sebelum ini, ia juga diketahui yang mana Amazon melakukan perkara sama terhadap pesaing mereka.