Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengesahkan mereka sedang dalam perbincangan mengambil-alih TikTok di Amerika Syarikat. Microsoft mengatakan, selepas perbincangan antara CEO Microsoft dan Presiden Donald Trump, kini Microsoft bersedia untuk berbincang lanjut untuk pembelian TikTok di Amerika Syarikat.

Microsoft mengatakan mereka komited dalam pengambil-alihan TikTok – bergantung kepada semakan sekuriti dan dalam usaha menawarkan peluang ekonomi lebih baik kepada Amerika Syarikat.

Microsoft mengatakan mereka akan berbincang lanjut dengan ByteDance, dan berusaha untuk menyelesaikan perbincangan pengambil-alihan sebelum 15 September 2020 ini. Dalam tempoh ini, Microsoft turut mengatakan akan kekal berbincang dengan pihak kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Presiden Donald Trump/

Sekiranya berjaya, Microsoft akan mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan juga New Zealand. Microsoft turut mengatakan mereka akan memastikan data pengguna terjamin, dan semuanya disimpan di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat perbincangan, dan belum disahkan lagi akan terdapat sebarang transaksi atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd