Crew Dragon Selamat Kembali Ke Bumi Selepas Sebulan Di Angkasa Lepas

Crew Dragon Selamat Kembali Ke Bumi Selepas Sebulan Di Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Misi Demo-2 yang dilancarkan Mei lalu adalah misi pertama SpaceX untuk menghantar angkasawan Amerika Syarikat dari negara mereka sendiri sejak 2011. Selepas lebih sebulan berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kapal angkasa Crew Dragon telah berjaya kembali ke bumi awal pagi tadi.

Kedua-dua krew Douglas Hurley dan Robert Behnken dilaporkan berjaya kembali dengan sihat selepas mendarat selepas Crew Dragon mendarat di permukaan laut berhampiran Pensacola, Florida. Ini juga adalah kali pertama sejak 1975 angkasawan NASA kembali ke bumi menerusi teknik pendaratan di permukaan laut.

Dengan kejayaan misi Demo-2, SpaceX kini memulakan persediaan untuk misi Crew-1 pula yang akan dilancarkan pada penghujung September kelak. Ini akan menjadi misi sebenar pertama yang membawa empat anak kapal- 3 dari NASA dan satu dari Jepun ke ISS. Kapsul yang sama yang mendarat hari ini akan digunakan semula untuk misi Crew-1 kelak bagi membuktikan kemampuan kapsul Space-X untuk digunakan berkali-kali dalam masa yang singkat.



TIPS & ULASAN