Carian
Huawei Akan Melancarkan EMUI 11, HarmonyOS 2.0 Dan HMS Core 5.0 Pada 10 September
August 3, 2020 Effi Saharudin

Huawei tidak lagi memandang ke belakang dan akan meneruskan usaha mereka dalam menghasilkan peranti mudah alih tanpa sokongan rasmi oleh Google. Oleh itu pelbagai ekosistem sendiri perlu dibangunkan sebagai ganti.

Pada 10 September hadapan acara Huawei Developer Conference 2020 akan berlangsung dengan pengenalan  kepada beberapa penambahbaikan kepada sistem sedia ada akan diumumkan.

Pada acara ini yang akan berlangsung dari 10-12 September ini, Huawei akan melancarkan EMUI 11, HarmonyOS 2.0 dan HMS Core 5.0. Dengan pengenalan sistem operasi baharu, pelbagai ciri baharu juga bakal diperlihatkan bagi mengurangkan jurang di antara peranti Android dengan GMS dan peranti Android Huawei yang menggunakan HMS.

Komen