Cari @ Amanz

Razer ialah sebuah jenama peranti dan aksesori gaming premium yang cukup terkenal di dunia dengan siri komputer riba, papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya.

Terkini, Razer telah memperkenalkan dua model fon kepala iaitu Razer BlackShark V2 dan Razer BlackShark V2 X untuk pasaran tempatan. Kedua-dua fon kepala ini hadir dengan rekaan rangka yang ringan dan juga pemacu audio 50mm terbaru yang dinamakan Razer TriForce Titanium didalam kedua-dua model fon kepala tersebut.

Kedua-dua fon kepala ini mampu menyokong pelbagai jenis sumber bunyi, termasuklah palam stereo, 5.1, mahupun 7.1 jika diperlukan.

Tidak kira jika anda seorang peminat gaming kasual ataupun profesional, anda boleh menggunakan fon kepala ini untuk pelbagai platform permainan seperti PC, PlayStation, Xbox, Switch, mahupun peranti pintar, jika ia mempunyai palam audio 3.5mm.

BlackShark V2 ialah fon kepala yang lebih premium, dimana ia mempunyai ciri-ciri tambahan seperti mikrofon HyperClear yang boleh dicabut, kawalan mikrofon tambahan, busa ingatan FlowKnit, penggunaan kabel Razer SpeedFlex dan aksesori penyesuai sambungan USB dengan cip audio terbina didalamnya.

BlackShark V2 X pula hadir dengan mikrofon HyperClear yang terbina, dan hanya menggunakan pad telinga biasa. Ia juga menggunakan kabel getah biasa dan hanya boleh disambungkan ke peranti menggunakan palam audio 3.5mm sahaja.

Menurut Razer, kedua-dua fon kepala Razer BlackShark V2 dan BlackShark V2 X ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda harga berikut:

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd