Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan MySejahtera Untuk Daftar Masuk

Semua Premis Perniagaan Diwajibkan Menggunakan MySejahtera Untuk Daftar Masuk

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Kerajaan hari ini mengumumkan semua premis perniagaan wajib menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan pengguna daftar masuk lokasi. Walaubagaimanapun, pemilik perniagaan turut dibenarkan untuk menggunakan aplikasi tambahan lain untuk tujuan berkenaan.

Walaubagaimanapun, pengecualian mungkin diberikan di beberapa lokasi pendalaman yang menggunakan buku untuk daftar masuk premis disebabkan ketiadaan peranti atau akses internet.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan dalam memudahkan pengguna bukan sahaja mendaftar masuk ke lokasi, tetapi juga untuk mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan mudah, membuat saringan pantas, dan beberapa tujuan lain pada era norma baharu.



TIPS & ULASAN