Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, Realme V5 kini telah rasmi diperkenalkan di China dengan sejumlah spesifikasi menarik. Ia merupakan sebuah lagi peranti yang menggunakan cip pemproses terkini, MediaTek Dimensity 720 selepas Oppo A72 5G.

Realme V5 membawakan paparan bersaiz 6.5-inci IPS LCD dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Skrin digunakan adalah jenis berlubang untuk meletakkan kamera hadapan sebesar 16-Megapixel (f/2.0). Untuk spesifikasi dalaman, Realme V5 digabungkan dengan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan 128GB (UFS 2.1). Perisian yang digunakan pula adalah Realme UI berasaskan Android 10 terkini.

Sementara itu, turut disertakan pada peranti adalah sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48-Megapixel (f/1.8) + 8-Megapixel (f/2.3) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4). Selain, ia turut dilengkapi bateri sebesar 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W SuperDart. Ia juga menyokong fungsi pengecasan berbalik yang boleh dijadikan sebagai powerbank untuk peranti lain. Realme V5 ditawarkan pada harga bermula RMB1,499 (~RM909).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd