Jam tangan Garmin di bawah siri MARQ dipasarkan kepada pengguna yang mementingkan gaya tetapi masih mempunyai pelbagai ciri yang menjadikannya lebih berbaloi berbanding jam tangan analog konvensional. Setakat ini mereka telah melancarkan versi untuk tentera pasukan khas, juruterbang, pelayar, atlet dan pengembara.
Kini mereka melancarkan bulan Garmin MARQ Golf untuk peminat sukan Golf. Ia dilengkapi kesemua sensor siri MARQ lain seperti altimeter, barometer. kompas, NFC dan sokongan GPS. Yang menjadikannya unik kepada peminat sukan golf ialah peta untuk 41,000 padang golf lengkap dengan paparan berwarna.
Mod terbina PlaysLike Distance, Hazard View dan Virtual Caddie membolehkan pemain golf menerima saranan mengenai padang golf seperti kedudukan bunker berbahaya dan jenis kayu yang paling sesuai untuk setiap lubang. Di Malaysia Garmin MARQ Gold dijual pada harga RM 9300 seutas.