Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai kemunculan Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Pelbagai spekulasi dan andaian mula timbul mengenainya. Paling terkini, imej pengolokan pula telah tertiris dengan memperlihatkan rekaan pada paparan hadapan.

Memetik imej dikongsi oleh @evleaks, ia dipercayai menggunakan skrin berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto. Binaan skrin juga kelihatan sedikit melengkung dengan kemasan bezel yang nipis pada bahagian sisi dan atas. Dagu masih ada tetapi tidak begitu tebal. Nampaknya, ia menampilkan elemen rekaan yang sama seperti siri Samsung Galaxy S20 sebelum ini.

Tiada spesifikasi peranti yang dikongsi. Namun begitu, sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa peranti ini dipercayai membawakan sokongan 3 kamera utama, bateri 4,500mAh dan tersedia dalam empat pilihan warna. Namun begitu, segala maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura dan kita mungkin akan mendengar mengenainya lebih lanjut di kemudian hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd