Cari @ Amanz

Tinggal dua hari sahaja sebelum Samsung Galaxy Note 20 Ultra dan Note 20 dilancarkan secara rasmi dalam acara Unpacked. Hari ini tiba pula giliran video promosi peranti untuk syarikat telekomunikasi AT&T telah tertiris ke arena web.

Ia mengesahkan kesemua maklumat spesifikasi yang telah tertiris minggu lalu seperti sokongan 5G, penggunaan Snapdragon 865+ pada model Amerika Utara, zum digital sehingga 50X, kemampuan rakaman video 8K, saiz skrin dan juga saiz bateri untuk kedua-dua model. Bagi peminat peranti Note, kemunculan Note 20 pastinya dinantikan kerana menawarkan spesifikasi setanding S20 tetapi dengan sokongan S-Pen yang meningkatkan produktiviti pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd