Cari @ Amanz

NJOI hari ini mengumumkan dua pek dan empat saluran kepada pelanggan perkhidmatan TV satelit prabayar mereka. Maharaja Pack ialah pek yang menyasarkan penggemar kandungan bahasa Tamil. Ia mengandungi saluran SUN TV, SUN Music, Chutti TV dan Adithya. Pek ini ditawarkan pada harga RM40 untuk langganan selama 30 hari.

Sementara itu TV Pack pula menawarkan kandungan bahasa Kantonis dengan saluran TVBS Classic, TVB Entertainment News, TVBS Asia, TVB Xing He dan video yang boleh distrim. Pek ini pula ditawarkan pada harga RM45 untuk langganan selama 30 hari.

Empat saluran baharu yang ditawarkan pula ialah saluran berita Mandarin CGTN (CH 503) dan CTI Asia (CH 316) serta dua saluran bahasa Tamil Astro Vellithirai (CH 202) dan Astro Vinmeen HD (CH 231). Kesemua saluran-saluran ini ditawarkan pula pada harga bermula RM7 untuk tiga hari langganan.

Selain itu pertandingan Beli Lebih, NJOI Lebih turut diumumkan dengan hadiah bernilai  RM21,000 dalam bentuk televisyen 50-inci dan robot vakum. Untuk melayakkan diri pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurang RM100 untuk langganan NJOI bermula hari ini sehingga 30 Ogos 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd