SKMM Akan Menyekat Platform E-Dagang Yang Menjual Produk Cetak Rompak

SKMM Akan Menyekat Platform E-Dagang Yang Menjual Produk Cetak Rompak

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah perisian yang telah beralih kepada konsep langganan, selain filem yang ditawarkan dalam bentuk penstriman. Namun, hal ini tidak membanteras sepenuhnya kadar cetak rompak.


Terbaru, ia telah didapati terdapat laman e-dagang yang menjual kandungan cetak rompak seperti filem tempatan, mahupun perisian. Walaupun laman edagang membolehkan penjual menjual penawaran masing-masing, namun mereka masih bertanggungjawab dalam memastikan penawaran melalui platform mereka adalah produk asli.

Selari dengannya, kini SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mengatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk cetak rompak.

SKMM mmengatakan akan melaksanakan tindakan berkenaan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bagi anda sendiri, pastikan anda mendapatkan produk asli, dan membeli melalui laman rasmi sesuatu produk – dan tidak terdedah kepada pembelian cetak rompak, kerana terdapat kebarangkalian produk berkenaan tidak beroperasi seperti diinginkan, atau mungkin turut menyertakan perisian tambahan yang tidak diingini.



TIPS & ULASAN