Oppo Reno4 Dan Reno4 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Berharga Bermula RM1699

Oppo Reno4 Dan Reno4 Pro Dilancarkan Di Malaysia – Berharga Bermula RM1699

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Oppo Malaysia hari ini telah mengadakan acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka, sekaligus memperkenalkan dua peranti baru dibawah keluarga Reno, iaitu Oppo Reno4 dan juga Oppo Reno4 Pro.

Kedua-dua variasi untuk pasaran Malaysia ini adalah berbeza dengan penawaran untuk China sebelum ini. Oppo Reno4 dan Reno4 Pro hadir menggunakan cip Snapdragon 720G, dilengkapi kamera utama 48-megapixel dengan empat kammera belakang, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Oppo Reno4 Pro menggunakan skrin 6.55-inci, dilengkapi kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 256GB. ia turut dilengkapi bateri 4000mah dengan pengecasan pantas SupervOOC 2.0 65W.

Sementara Oppo Reno4 pula hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4015mAh dengan pengecasan VOOC 4.0 30W.

Kedua-duanya juga menjalankan ColodOS 7.2, dan boleh dipra-tempah bermula 3 Ogos hingga 7 Ogos ini.

Oppo Reno4 ditawarkan pada harga RM1699, sementara Oppo Reno4 Pro pula ditawarkan pada harga RM2399.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan Reno4 Pro akan menerima fon telinga Oppo Enco W31 TWS dan juga 1 tahun jaminan perlindungan skrin.

Sementara pengguna yang membuat pra-tempahan Oppo Reno4 pula akan menerima 1 tahun jaminan dipanjangkan.



TIPS & ULASAN