Google Memperkenalkan Pixel 4a – Spesifikasi Pertengahan, Kemaskini Android Terus Dari Google

Google Memperkenalkan Pixel 4a – Spesifikasi Pertengahan, Kemaskini Android Terus Dari Google

Diterbitkan pada Ogos 3, 2020 oleh .

Google hari ini membuat kejutan dan telah memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka dibawah siri Pixel, iaitu Google Pixel 4a. Telefon pintar ini adalah kemaskini kepada Pixel 3a yang telah diperkenalkan pada Mei 2019 yang lepas.

Google Pixel 4a

Google Pixel 4a hadir dengan rekaan berasaskan polikarbonat untuk keselesaan pada tangan, hadir dengan skrin 5.81-inci OLED berasaskan Gorilla Glass 3, dan dijana dengan cip Snapdragon 730G.


Melengkapkan ia adalah 6GB RAM memori, hadir dengan bateri 3140mAh dan menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Ia menggunakan dwi-kammera belakang dengan sensor utama 12.2-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Google mengekalkan bicu audio pada telefon pintar ini, selain hadir dengan sokongan sekuriti Titan M. Google turut menjanjikan penawaran kemaskini sistem operasi sehingga tiga tahun untuk telefon Pixel 4a berasaskan Android 10 ini.

Google Pixel 4a

Google turut mengintegrasikan sokongan Google Assistant yang serba baru, yang memberikan lebih kemudahan kawalan berasaskan suara untuk pelbagai perkara.

Buat masa ini, Google mengumumkan Pixel 4a ini untuk beberapa negara sahaja, termasuk untuk Singapura.



TIPS & ULASAN