Tiada Lagi Seni Album Muzik Di Kunci Skrin Pada Android 11

Tiada Lagi Seni Album Muzik Di Kunci Skrin Pada Android 11

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Mana-mana muzik dari aplikasi muzik, penstriman audio seperti Spotify atau Tidal – jika dimainkan pada peranti Android kunci skrin akan memaparkan seni album muzik tersebut. Tetapi sejak beta Android 11 diperkenalkan, ketika menggunakan imbasan wajah untuk menyahkunci peranti – seni album ini hilang.

We no longer show album art on the lock screen in R. comment #1 : Has been fixed on our internal build (which is ahead of the public release) & will be available in future.

Ramai sangkakan yang ia hanyalah pepijat. Tetapi nampaknya, Google tidak lagi ingin paparkan seni album pada kunci skrin dalam Android 11. Ini adalah satu perubahan baru yang besar, kerana berzaman lamanya seni album tetap akan dipaparkan apabila muzik bermain. Malah dalam Android 10, kesan kabur turut diperlihatkan.

Perubahan ini mungkin kerana, kawalan muzik dalam Android 11 lebih efisien di lalukan melalui talam notifikasi. Pemain media yang dipaparkan pada talam notifikasi adalah lebih kemas dan lebih interaktif, secara tidak langsung memudahkan ramai orang. Adakah anda suka akan perubahan ini? Atau anda tidak kisah?



TIPS & ULASAN