Imej Pengolokan Huawei Mate 40 Dan Mate 40 Pro Tertiris Menujukan Bonggol Kamera Gergasi

Imej Pengolokan Huawei Mate 40 Dan Mate 40 Pro Tertiris Menujukan Bonggol Kamera Gergasi

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Kita kini di bulan Ogos dan peranti mercu separuh tahun kedua 2020 sedang menanti masa sahaja akan dilancarkan. Antara yang dinantikan ialah Huawei Mate 40 dan Mate 40 Pro dengan cip terkini Kirin serta kemampuan kamera yang menarik. Pagi ini rekaan untuk kedua-dua model tertiris menerusi imej pengolokan CAD.

Kedua-dua peranti dilengkapi bonggol kamera yang besar jika dibandingkan dengan Mate 30 tahun lalu. Perbezaan dikatakan terletak pada saiz skrin. Skrin Mate 40 sebesar 6.4″ manakala Mate 40 Pro pula sebesar 6.7″. Skrin yang digunakan pada Mate 40 Pro juga lebih melengkung meneruskan penggunaan rekaan paparan air terjun.

Kesemua butang fizikal diletakkan pada sisi kanan dan mata berita baik di sini ialah butang laras audio dikembalikan. Tahun lalu laras audio menggunakan skrin sesentuh yang harus kami akui tidak begitu mesra pengguna.

Akhir sekali turut dapat dilihat ialah dwi-kamera hadapan yang diletakkan dalam lubang kamera berbentuk bujur. Secara tradisinya peranti siri Mate dilancarkan pada bulan September dan tiada petanda akan berlaku penangguhan pelancaran setakat ini.

Sumber Pricebaba dan HandsetExpert



Paling Popular