Vivo S7 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G Dan Kamera Swafoto 44MP

Vivo S7 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G Dan Kamera Swafoto 44MP

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Nampaknya kini, kita dapat lihat sebuah lagi peranti dengan sokongan Snapdragon 765G dilancarkan menerusi pengenalan Vivo S7 5G. Selain rangkaian 5G, peranti ini juga dilihat memfokuskan kepada fotografi melalui sokongan tetapan lensa yang menarik.

Vivo S7 5G membawakan paparan berukuran 6.44-inci AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula standard 60Hz. Untuk spesifikasi dalaman, telefon ini dibantu oleh memori 8GB RAM dan pilihan storan dalaman sehingga 256GB. Melengkapi peranti juga adalah bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Dari segi penggambaran, peranti ini dibekalkan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra lebar) + 2-Megapixel (kedalaman). Diikuti dengan dwi lensa swafoto iaitu 44-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar). Tersedia dalam pilihan tiga warna yang menarik, Vivo S7 5G dijual pada harga bermula RMB2,800 (~RM1,691) untuk versi asas.



Paling Popular