Cari @ Amanz

LG Memperkenalkan Siri Televisyen NanoCell 4K Dan 8K Untuk Pasaran Tempatan

Oleh Nazrin

Link Copied!

LG ialah syarikat teknologi dari Korea yang cukup terkenal untuk paparan-paparan skrinnya yang digunakan dalam pelbagai jenis peranti seperti televisyen, paparan komputer dan peranti pintar.

Terkini, LG Malaysia telah mula membawa masuk siri paparan televisyen LG NanoCell dengan sokongan untuk paparan beresolusi 4K dan 8K ke pasaran tempatan.

Siri televisyen LG NanoCell menggunakan panel OLED LG yang sangat terkenal untuk kejituan dan keranggiannya. Untuk siri NanoCell, ia juga tiba dengan zarah nano yang menuras warna-warna yang “kotor” dan memastikan hanya warna-warna cerah ditunjukkan pada paparan-paparan ini.

Cip pemprosesan kecerdasan buatan α9 Gen3 menggerakkan jentera warna dibelakang siri televisyen ini, dengan menganalisa kandungan yang ingin ditunjuk dan kemudiannya menggunakan ciri seperti Face Enhancing, AI Brightness Control, AI Sound Control dan sebagainya untuk menunjukkan kandungan dengan kualiti warna dan suara terbaik.

Menurut LG Malaysia, siri televisyen LG NanoCell sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan beberapa model dengan saiz berlainan sudahpun boleh dibeli di kedai-kedai elektronik tempatan.

Ini termasuklah televisyen LG NanoCell 4K dengan saiz paparan daripada 49 sehingga 86 inci dan LG NanoCell 8K yang mempunyai resolusi 8K dengan saiz paparan 65 inci.

Tanda harga untuk siri televisyen LG NanoCell ini adalah seperti berikut, bermula dengan paparan bersaiz 49 inci pada harga RM3499, hinggalah paparan LG NanoCell 8K bersaiz 65 inci pada harga RM21,999:


Komen ()