Carian
Nokia C3 Dilancarkan Dengan Cip UniSoc Dan Bateri Boleh Ditanggalkan
August 4, 2020 Amy Maizuraa

Nokia sebelum ini telah muncul dengan Nokia C1 sekitar Disember 2019. Kemudian, diikuti dengan Nokia C2 pada bulan Mac lalu. Terbaru, HMD Global dilihat muncul pula dengan Nokia C3 di China.

Nokia C3 hadir dengan paparan bersaiz 5.99-inci IPS LCD HD+ dengan rekaan skrin tanpa sebarang takuk. Untuk spesifikasi dalaman, ia menggunakan pemproses Unisoc dengan kelajuan 1.20GHz dan dipasang dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB yang juga boleh dikembangkan melalui kad microSD.

Untuk kamera, ia menyokong lensa utama tunggal 8-Megapixel (f/2.0) dan lensa swafoto sebesar 5-Megapixel (f/2.4). Baterinya pula adalah 3,040mAh dan pengecas yang disertakan adalah 5W. Spesifikasi lain termasuklah sokongan Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n, bicu audio dan port mikro USB untuk pengecasan.

Komen