Cari @ Amanz

Harga Jualan Poco F2 Pro Dikemaskini – Model 8GB RAM dan 256GB Storan Kini RM2299

Oleh Aman

Link Copied!

Poco Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini harga jualan untuk Poco F2 Pro untuk variasi model 8GB RAM dan 256GB storan. Telefon yang dijual pada harga RM2599 sebelum ini, kini menerima potongan harga, sekaligus membawa kepada harga jualan baru, iaitu RM2299.

Poco F2 Pro

Poco F2 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+, dijana dengan cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, dan storan 256GB UFS 3.1. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 4700mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Melengkapkan ia adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM2299 bermmula hari ini.


Komen ()