Snapchat Menguji Ciri Menambah Muzik Pada Rakaman Seumpama TikTok

Snapchat Menguji Ciri Menambah Muzik Pada Rakaman Seumpama TikTok

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Dengan situasi TikTok yang masih tidak begitu kukuh di Amerika Syarikat, pelbagai pihak telah mula melihat kepada alternatif perkhidmatan berkenaan. Kini, dalam usaha menarik pengguna ke platform Snapchat, mereka telah menambah sebuah lagi ciri baru yang memudahkan pengguna menambah muzik pada rakaman – sama seperti pada TikTok.

Snapchat TikTok

Snapchat telah sedia bekerjasama dengan beberapa syarikat muzik dalam menjayakan penawaran muzik dan ciri baru ini. Pengguna juga turut boleh melihat lagu yang digunakan pada sesuatu video dengan menatal ke atas video berkenaan.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Apa pun, Snapchat tidak menyediakan kemudahan untuk melihat pelbagai video menggunakan lagu sama disetempat – yang mana mungkin membuatkan ia masih sedikit kurang menarik berbanding pada TikTok.

Menurut TheVerge, ciri baru ini dijangka akan diperkenalkan di New Zealand dan Australia bermula hari ini, sebelum diperluaskan ke negara-negara lain selepas ini.



Paling Popular