Cari @ Amanz

Xiaomi kerap hadir dengan lebih banyak produk melalui mengumpul dana di laman biayasama Youpin mereka. Terkini, Mijia iaitu salah satu syarikat berkait rapat dengan Xiaomi telah mengumpul dana untuk satu produk peranti boleh pakai baharu. Ia merupakan penjejak kesihatan, iaitu baju yang boleh membaca data ECG.

Baju ini adalah Mijia Sports ECG T-Shirt. Xiaomi mendakwa yang baju mereka ini mampu memperoleh data ECG yang jitu dengan menambatkan pada aplikasi peranti boleh pakai Xiaomi. Baju ini menggunakan sensor gentian dari COTECH yang mana boleh menjanan data sekitar seminit sahaja. Ia turut menyertakan pengimbas nadi pada bahagian data yang turut mempunyai lampu LED. LED ini akan berubah warna dan mempunyai getaran berbeza mengikut zon bacaan nadi.

Mijia Sports ECG T-Shirt ini turut mempunyai cip ADI ECG dan juga modul isyarat dengan sensor pengiraan bioelektrik. Baju ini turut menggunakan teknologi klasik untuk baju-baju sukan dengan sulaman yang baik serta selesa. Harga jualan baju ini adalah RMB299, iaitu sekitar RM181.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd