Cari @ Amanz

Kerajaan telah pun menawarkan inisiatif ePenjana sejak 31 Julai 2020 lepas, menawarkan kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital, sekaligus meransang perniagaan runcit dan membudayakan pembayaran secara nirtunai.

Berkongsi berkenaan dengannya, kerajaan kini mengatakan sebanyak 4.5 juta rakyat telah berjaya menerima RM50 dalam dompet digital mereka sejak 31 Julai 2020 hingga 2 Ogos 2020 yang lepas.

ePenjana

Pada masa yang sama, sejak ePenjana diumumkan, pengguna yang mendaftar MySejahtera telah meningkat kepada lebih 9.4 juta pengguna.

Bagi pengguna tempatan yang belum menebusnya, penebusan kredit RM50 ePenjana boleh dilakukan menggunakan dompet digital Boost, GrabPay atau Touch n Go eWallet. Pengguna juga mesti emmuat-turun aplikasi MySejahtera terkini – serta memastikan nama yang berdaftar adalah sama untuk kedua-dua aplikasi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd