WhatsApp ialah aplikasi dengan berbilion pengguna. Tidak dinafikan ia amat efektif untuk menghantarkan mesej berkumpulan tetapi pada masa yang sama disalahguna untuk penyebaran berita palsu yang mengakibatkan kematian berlaku di India. Hari ini WhatsApp mengumumkan ciri baharu memeriksa fakta pada mesej tular yang dimajukan.
Mesej yang dimajukan akan mempunyai ikon kanta pembesar pada sisi kanannya. Apabila ditekan, carian Internet akan dilakukan terus bagi memastikan fakta yang ditularkan ini adalah benar. Menerusi ciri ini pengguna tidak lagi mempunyai alasan untuk memajukan mesej tular tanpa usul periksa. Pada waktu ini ciri ini diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Brazil. Itali, Ireland. Mexico, Sepanyol dan UK terlebih dahulu pada peranti Android, iOS serta web.