Pengasas ByteDance Mengatakan Presiden Trump Ingin Mengharamkan TikTok, Bukan Memaksa Untuk Dijual

Pengasas ByteDance Mengatakan Presiden Trump Ingin Mengharamkan TikTok, Bukan Memaksa Untuk Dijual

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Pengasas ByteDance, hari ini melalui emel yang dihantar kepada pekerja mereka, mengatakan yang mana sasaran utama untuk pihak Amerika Syarikat adalah untuk mengharamkan aplikasi berkenaan, dan bukannya untuk memaksa jualan operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Ia dikatakan emel berkenaan dihantar kepada pekerja Bytedance selepas pengumuman Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, beberapa media di China telah mula mengkritik Amerika Syarikat dalam usaha memaksa jualan operasi dilakukan untuk sesuatu aplikasi terus beroperasi atau mengharamkannya.

TikTok sebelum ini telah dikatakan mungkin diharamkan di Amerika Syarikat. Salah satu sebabnya dikatakan adalah kerana privasi pengguna, dan pemilikan data pengguna oleh organisasi yang berpusat di China. Selari dengannya, Presiden Trump telah dalam perancangan untuk mengharamkan aplikasi berkenaan – sebelum tempoh sehingga 15 September diberikan untuk perbincangan antara Microsoft atau syarikat lain untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.



TIPS & ULASAN