iMac 27-inci Dikemaskini Dengan Harga Bermula Dari RM7999

iMac 27-inci Dikemaskini Dengan Harga Bermula Dari RM7999

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Secara mengejut iMac 27-inci telah diberikan kemas kini oleh Apple sebentar tadi. Ia masih lagi dilengkapi skrin 27″ LCD Retina 5K dengan cip Intel generasi ke sepuluh, kad grafik sehingga Radeon Pro 5700 XT 16GB GDDR6, memori sehingga 128GB RAM DDR4 dan storan sehingga 8TB SSD.

Penambahbaikan juga diberikan kepada permukaan kaca skrin yang kini ditawarkan dengan pilihan tekstur nano yang sebelum ini hanya diberikan kepada skrin Pro Display XDR. Menerusinya Apple mengatakan skrin akan kelihatan lebih terang kerana memantulkan cahaya.

Kamera web pula kini menyokong resolusi 1080P. Peningkatan dari hanya 720P sahaja sebelum ini. Seterusnya setiap iMac 27-inci baharu boleh menyokong dua skrin sekunder beresolusi 6K setiap satu.

Pilihan I/O pula ialah 2X ThunderBolt 3 USB-C, 4x USB 3.1 Gen 2, satu pembaca kad USB-A, bicu audio 3,5mm dan port untuk LAN. Bagi yang lebih menyukai Internet nirwayar, sokongan sehingga WiFi 802.11ac diberikan.

Di Malaysia Apple iMac 27-inci ditawarkan hari ini pada harga bermula dari RM7999 sebuah sebelum meningkat ke RM38,687 untuk model spesifikasi paling tinggi



TIPS & ULASAN