Terdapat banyak pilihan aplikasi mengurus fail di dalam P{lay Store. Ada yang hanya menggunakan yang sedia terpasang, ada yang gemar menggunakan dari pembangun pihak ketiga. Antara pengurus fail kegemaran saya adalah Files Commander dan juga Files by Google. Ini kerana ia mempunyai antara muka yang baik, tong sampah yang boleh mengembalikan fail yang tidak sengaja dipadam dan juga berkongsi fail dengan mudah.
Beberapa bulan lepas, Files by Google menerima kemaskini untuk mempunyai fungsi Safe Folder. Ia adalah peti simpanan untuk anda simpan fail-fail kerja atau untuk anda sembunyikan kepada orang lain. Ia dilindungi dengan empat digit pin dan tidak boleh diakses begitu sahaja. Fungsi ini dilihat terus hilang, sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Tetapi dalam versi beta aplikasi Files by Google ini, Safe Folder telah kembali. Anda boleh temui fungsi ini dalam versi 1.0.323, yang mana membenarkan anda pindah apa jua fail ke dalam peti simpanan ini dan menguncinya dengan pin. Ia turut memberi peringatan yang ada pendua sebagai sandaran di lokasi lain pada peranti.
Setiap fail yang disimpan mudah sahaja untuk dikembalikan ke lokasi asal atau mana-mana yang anda inginkan. Tetapi, disebabkan ia begitu selamat untuk disimpan – jika anda kosongkan data storan aplikasi ini atau secara tidak sengaja menyahpasang aplikasi ini – fail anda akan terus hilang.
Untuk mencuba, muat turun terus di Play Store versi beta atau buat pemasangan sendiri melalui fail APK yang boleh dimuat turunĀ di pautan ini.
- Muat Turun
- Muat Turun Files by Google di Play Store