Poco Mengacah Bakal Hadir Dengan Telefon Baru – Menyaingi OnePlus Nord?

Poco Mengacah Bakal Hadir Dengan Telefon Baru – Menyaingi OnePlus Nord?

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Poco sedia dikenali ramai kerana menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi menarik dan pada harga yang sangat kompetitif. Buat masa ini, mereka telah sedia menawarkan Poco F2 Pro yang sedia menerima perhatian ramai pengguna.

Menariknya, terbaru pihak Poco turut mengacah sebuah lagi telefon pintar baru yang bakal diperkenalkan mereka tidak lama lagi.

Menariknya, melalui sebuah perkongsian yang dilakukan oleh eksekutif Poco, telefon pintar baru ini diperlihatkan seumpama akan menyaingi penawaran OnePlus Nord.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah model yang akan dibawakan oleh Poco. Mungkinkah kita akan melihat satu lagi siri Redmi yang telah dilancarkan di China yang dijenamakan untuk pasaran global dibawah jenama Poco ini? Adakah ia akan turut menyertakan cip Snapdragon 765G bersama skrin 90Hz seperti OnePlus Nord?



TIPS & ULASAN