Apple Tidak Berminat Untuk Membeli TikTok

Apple Tidak Berminat Untuk Membeli TikTok

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Apple kini mengatakan mereka tidak berminat untuk membeli atau mengambil-alih TikTok.

Apple berkongsi perkara ini kepada Verge selepas hadir beberapa laporan baru ke arena web mengatakan Apple antara pihak berminat untuk mendapatkan TikTok.

TikTok merupakan salah satu aplikasi perkongsian video yang kian menjadi fenoma di seluruh dunia. Ramai yang mula menggunakannya, sekaligus menimbulkan kerisauan privasi pengguna dan sebagainya. Disebabkan oleh perkara berkenaan, kerajaan Amerika Syarikat melihat untuk mengharamkan aplikasi berkenaan atau meneruskan aplikasi TikTok di Amerika Syarikat dengan diambil-alih oleh syarikat dinegara berkenaan.

Selari dengannya, Microsoft telah pun menyatakan hasrat untuk meneruskan perbincangan untuk mengambil-alih TikTok di Amerika Syarikat.



Paling Popular