Huawei Memperkenalkan Huawei Game Center – Pusat Sehenti Untuk Semua Berkaitan Permua

Huawei Memperkenalkan Huawei Game Center – Pusat Sehenti Untuk Semua Berkaitan Permua

Diterbitkan pada Ogos 4, 2020 oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan Huawei GameCenter pada peringkat global, iaitu sebuah aplikasi setempat yang menghimpunkan semua permua untuk memudahkan pengguna mengakses dan melihat pelbagai kandungan menarik melaluinya.

Huawei GameCenter ditawarkan melalui AppGallery, dan sudah boleh dimuat-turun pengguna melalui peranti Huawei masing-masing.

Huawei GameCenter

Melalui Huawei GameCenter, pengguna boleh mendapat akses pantas ke permua, membuat pra-tempahan, selain turut mmelihat kepada pakej eksklusif permua melaluinya. GameCenter juga turut dijangka menawarkan diskaun menarik, dan beberapa ganjaran khusus untuk penggunanya.

Sejumlah permua mmenarik telah pun disertakan, termasuk seperti Asphalt 9 : Legends, Rise of Kingdoms, AFK Arena, dan sebagainya.

Huawei turut mengatakan bakal menambah ciri komuniti sosial pada aplikasi GameCenter ini pada masa akan datang, sekaligus memudahkan anda menemui rakan baru melaluinya.



TIPS & ULASAN