Carian
Virgin Atlantic Memperlihatkan Rekaan Pesawat Supersonik Mach 3
August 5, 2020 Effi Saharudin

Persaraan Concorde sebelas tahun yang lalu meninggalkan vakum yang besar dalam dunia aeronautik kerana tiada lagi perkhidmatan pesawat penumpang supersonik. Tetapi kini usaha untuk mengembalikan pesawat supersonik ke udara sedang giat dilakukan. Virgin Atlantic mempunyai perancangan mereka sendiri dan rekaan pesawat mereka akhirnya diperlihatkan.

Sekilas pandang pesawat ini mirip dengan Concorde cuma dengan saiz yang lebih kecil. Ia hanya mampu membawa di antara 9 hingga 19 penumpang pada satu-satu masa. Virgin Atlantic menyasarkan kelajuan mencecah Mach 3 dan terbang pada ketinggian 60,000 kaki dari paras laut.

Turut disahkan ialah pesawat ini kelak akan menggunakan enjin keluaran Rolls Royce yang tidak mengejutkan mengeluarkan enjin turbojet Olympus 593 untuk Concorde dahulu. Mereka jelas mempunyai kepakaran dalam menghasilkan enjin supersonik yang mampu beroperasi untuk tempoh yang lama. Mereka juga sedang membangunkan enjin ramjet SABRE untuk pesawat Skylon.

Pesawat penumpang supersonik generasi baharu adalah lebih kecil berbanding Concorde kerana semasa beroperasi dahulu, ia jarang terbang pada kapasiti penuh sehingga mengakibatkan kerugian kepada syarikat penerbangan.

Virgin Atlantic akan menerima saingan dari Aerion dan juga projek QueSST oleh NASA. Dalam masa sedekad ruang udara bumi akan melihat kembalinya pesawat penumpang yang amat pantas sekaligus memendekkan waktu perjalanan.

Komen