Cari @ Amanz

Olympus OM-D E-M10 Mark IV telah diumumkan pada tiga tahun selepas Mark III dilancarkan. Penambahbaikan pertama dilakukan pada sensor mikro 4/3 kini sebesar 21.3-megapixel Live MOS. Peningkatan dari 16-megapixel pada model terdahulu. Menerusi sensor ini video sehingga resolusi 4K 30p boleh diambil dan kemampuan rakaman foto sehingga 8.5 bingkai sesaat.

Sensor yang sama hadir dengan sokongan penstabilan 5 aksis dan dipadankan dengan pemproses imej TruePic VIII. Melengkapi spesifikasi ialah skrin LCD 3″ yang boleh berputar 180 darjah untuk memudahkan rakaman swafoto dan viewfinder OLED dengan 2.36 juta titik.

Ciri lain yang disertakan ialah bicu audio untuk mikrofon, WiFi, Bluetooth dan sokongan kad memori SD (SDHC, SDXC, UHS-I, UHS-II). Sedikit mengecewakan di sini ialah ia masih menggunakan sambungan mikroUSB dengan kelajuan USB 2.0 yang sudah ketinggalan zaman.

Kamera Olympus OM-D E-M10 Mark IV akan dipasarkan pada pertengahan September pada harga $700 (~RM 2940) sebuah untuk tubuh atau $800 (~RM3360) dengan lensa kit EZ 14-32mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd