Dengan perkembangan arena teknologi dan media sosial, salah satu perkara yang turut membawa kepada kebimbangan adalah peningkatan pembulian secara siber.
Selari dengannya, kini kerajaan mengumumkan akan mengkaji keperluan untuk mewujudkan akta buli siber di Malaysia.
Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan hal ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi, langkah ini dilihat dalam mengekang pembulian siber, sekaligus menghasilkan persekitaran digital yang lebih mesra semua di Malaysia.